Langkau ke kandungan utama

Lawatan Penandaarasan Unit Integriti dan Pemodenan Pentadbiran (UIPP) MBJB ke Majlis Perbandaran Sepang

8 Jun 2026 (Isnin)
Unit Integriti dan Pemodenan Pentadbiran (UIPP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi memperkukuh jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan integriti dan tadbir urus organisasi.
 
Delegasi MBJB telah disambut oleh Unit Integriti MPSepang yang diketuai oleh Puan Suhana binti Mohd Ghazali, Pengarah Unit Integriti MPSepang.
 
Sepanjang lawatan tersebut, delegasi MBJB telah diberikan taklimat berhubung pelaksanaan enam (6) fungsi teras integriti, termasuk pelaksanaan dan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001:2025 serta pelbagai program dan inisiatif pengukuhan integriti yang dilaksanakan oleh MPSepang.
 
Selain itu, MPSepang turut berkongsi penggunaan sistem pengurusan integriti, iaitu MyIntegriti, bagi menyokong pelaksanaan fungsi integriti secara lebih sistematik dan berkesan. Delegasi MBJB juga didedahkan dengan beberapa cadangan dan idea baharu dalam memperkasakan budaya integriti dalam kalangan komuniti, khususnya melalui inisiatif Komuniti Belia Anti Rasuah (KOMBAT).
 
Lawatan penandaarasan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua Unit Integriti serta menjadi platform perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik dalam usaha memperkasakan budaya integriti, tadbir urus yang baik dan pencegahan rasuah dalam kalangan warga kerja pihak berkuasa tempatan.
 
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh agenda integriti dan tadbir urus yang cemerlang dalam perkhidmatan awam.
 
Image
Lawatan Ke Majlis Perbandaran Sepang
Image
LawatanKe Majlis Perbandaran Sepang
Image
LawatanKe Majlis Perbandaran Sepang
Image
LawatanKe Majlis Perbandaran Sepang