Rabu , 22 Januari 2025 | Panggung Cempaka, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 60 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Abd Hamid bin Hussain, Datuk Bandar MBDK, telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi lawatan penandaarasan rekabentuk dan pengurusan bangunan Menara MBJB serta mempelajari kaedah pengurusan anjing liar yang dilaksanakan di MBJB.
Kehadiran delegasi MBDK telah disambut oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta pegawai MBJB.
Delegasi MBDK telah diberikan taklimat berkenaan rekabentuk bangunan oleh Puan Masliza binti Samuri, Ketua Penolong Pengarah Bangunan MBJB manakala taklimat berkenaan pengurusan anjing liar pula telah disampaikan oleh Encik Baijuri bin Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Panggung Cempaka, Aras 1 Menara MBJB
Terlebih dahulu, Datuk Bandar Johor Bahru turut menerima kunjungan hormat dari Datuk Bandar MBDK di pejabat beliau.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi MBDK kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat warga kedua-dua buah bandar raya.