Lawatan Penandaarasan Perkongsian Maklumat Berkenaan Inisiatif Pendigitalan Pelesenan Oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Selasa, 25 Mac 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai 13 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diketuai oleh En Muhamad Zul Asyraf bin Ismail, Penolong Pengarah (Tred Perniagaan) N9, telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi lawatan penandaarasan Inisiatif Pendigitalan Pelesenan bagi perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai sistem dan prosedur kerja yang dilaksanakan di Jabatan Pelesenan MBJB.

Delegasi MBIP telah diberikan taklimat berkenaan Inisiatif Pendigitalan Pelesenan oleh Encik Hazrin bin Ahmad, Pengarah Pelesenan MBJB. Inisiatif seperti ini sangat penting dalam memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, telus, dan mesra pengguna, selaras dengan matlamat pendigitalan sektor kerajaan. Semoga hasil perkongsian ini dapat membantu MBIP memperkasa sistem pelesenan mereka dan memberi manfaat kepada komuniti perniagaan setempat.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi MBIP kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat warga kedua-dua buah bandar raya.

Lawatan Penandaarasan

Lawatan Penandaarasan

Lawatan Penandaarasan