Selasa, 25 Februari 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 10 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diketuai oleh Tuan Mohd Faidrol bin Mohd Radzi, Pengarah Pelesenan MBSP, telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi lawatan penandaarasan pengurusan papan iklan luar bagi perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai proses permohonan lesen dan tindakan penguatkuasaan bagi papan iklan luar di MBJB serta aspek-aspek pelesenan yang lain
Delegasi MBSP telah diberikan taklimat berkenaan pengurusan papan iklan luar tersebut oleh Encik Mohamad Rusydi bin Md Dean, Ketua Penolong Pengarah Pelesenan (Pelesenan) MBJB.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi MBSP kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat warga kedua-dua buah bandar raya.