Selasa 25 Feb 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 37 orang delegasi dari Majlis Perbandaran Manjung yg diketuai oleh Tn Muhammad Faizal Shah Bin Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah hadir ke Menara MBJB bagi lawatan penandaarasan pengurusan bandar pintar bagi perkongsian berkaitan pencapaian MBJB dalam program penarafan bandar pintar malaysia Tahap 2 : Developing Smart City serta operasi dan integrasi data di JBIOCC.
Taklimat kpd delegasi MPM telah disampaikan oleh Pn Norbaizura Bt Md Zin, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan ( Rancangan Pemajuan)
Terima kasih diucapkan kepada delegasi MPM. Semoga perkongsian dari MBJB memberi manfaat dan panduan kpd MPM dlm melaksanakan insiatif bandar pintar di kawasan Manjung.