Pada 4 Ogos 2025, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh En. Mohamad KhairulAnuar bin Esa, Pengarah Integriti dan Permodenan Pentadbiran MBJB bersama 10 anggota telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Bumi Kenyalang, Sarawak.
Lawatan dimulakan di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang disambut mesra oleh Puan Kartini Haji Bushra, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Korporat. Seterusnya, delegasi MBJB mengunjungi Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) dan berpeluang bertemu dengan YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman).
Tujuan lawatan ini adalah bagi mempelajari, berkongsi dan menambah baik amalan terbaik dalam pengurusan integriti serta pencegahan rasuah, termasuk perkongsian DBKU mengenai pelaksanaan pensijilan ABMS MS 37001.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak DBKU dan UNIONS atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan delegasi MBJB yang terbang khas dari Semenanjung. Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkukuh demi tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.
Image

Image
