Langkau ke kandungan utama

Lawatan Penandaarasan Majlis Bandaraya Subang Jaya Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

02 Oktober 2025 | Majlis Bandaraya Johor Bahru
 
Seramai 20 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diketuai oleh Tuan Haji Affandi bin Jaafar iaitu Pengarah Perbendaharaan MBSJ telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi sesi perkongsian berkenaan Pengurusan Tempat Letak Kereta di MBJB.
 
Delegasi dari MBSJ ini telah disambut oleh Puan Siti Nabilah binti Zainal Abidin iaitu Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa MBJB bersama dengan beberapa orang anggota dari jabatan yang sama. Dalam sesi lawatan ini, Tuan Muhammad Faiz bin A Razak iaitu Pengarah Penguatkuasa MBJB telah memberi perkongsian berkenaan Pengurusan Tempat Letak Kereta yang telah diuruskan oleh Jabatan Penguatkuasa di samping bertukar-tukar pandangan berkenaan objektif yang sama di antara MBSJ dan MBJB.
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Majlis Bandaraya Subang Jaya kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan silaturrahim dapat dipupuk antara dua belah pihak.
 
Image
Lawatan MBSJ
Image
Lawatan MBSJ
Image
Lawatan MBSJ
Image
Lawatan MBSJ