21 Julai 2025 | Menara MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan berbesar hati menerima kunjungan seramai 27 orang pegawai daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang diketuai oleh Yang Berusaha TPr. Mohd Daud bin Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBS dalam sesi lawatan penandaarasan ke JBIOCC.
Lawatan ini bertujuan untuk memahami secara lebih dekat fungsi, sistem dan keunikan yang dimiliki oleh JBIOCC sebagai sebahagian daripada usaha MBS dalam mencapai penarafan Bandar Pintar Tahap 2.
Delegasi turut diberikan taklimat berinformasi oleh Encik Ir. Ts. Gs. Dr. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar merangkap Komander JBIOCC, berkaitan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam sistem pemantauan bandar serta wawasan MBJB dalam menuju ke arah Bandar Pintar Tahap 2 dan 3.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh delegasi MBS atas kesudian memilih MBJB sebagai lokasi perkongsian ilmu.
Semoga sesi ini membawa manfaat yang besar dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan memperhebat inisiatif pembangunan bandar pintar di kedua-dua pihak.
Image

Image
