Langkau ke kandungan utama

Lawatan Penandaarasan Majlis Bandaraya Ipoh Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

09 Oktober 2025 | Menara MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima kunjungan penandaarasan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diketuai oleh Puan Normala binti Latiff, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI bersama 32 orang delegasi.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBJB serta warga kerja MBJB. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Fadzil bin Mohamad, Pengarah Teknologi Maklumat dan Puan Nurul Lailatulbalqis binti Jenal, Penolong Pengarah Korporat & Perhubungan Awam yang berkongsi mengenai Pengurusan dan Pemantauan Portal MBJB, Servis Kerajaan (SPLaSK) serta strategi Pengurusan Media Sosial MBJB.

Delegasi turut dibawa melawat ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) bagi mendalami pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar Johor Bahru.

Semoga lawatan ini menjadi platform terbaik untuk bertukar pandangan, memperkukuh jaringan kerjasama dan memperkaya amalan terbaik antara kedua-dua pihak dalam usaha ke arah perkhidmatan perbandaran yang lebih inovatif dan berdaya saing.

Lawatan Penanda Aras