Lawatan Penanda Aras Majlis Bandaraya Seremban Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

SELASA, 17 NOVEMBER 2026 | MENARA MBJB
 
Seramai 25 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama pihak perunding, tujuan lawatan adalah untuk mempelajari pendekatan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan landskap, memperkukuh pengurusan ruang hijau bandar serta mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, hijau, menarik dan mampan.
 
Delegasi dari MBS ini disambut mesra di Rumah Johor Hutan Bandar MBJB selepas itu delegasi dijemput ke ruang taklimat. Seterusnya deligasi bertukar pendapat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti yang khususnya dalam aspek kelestarian dan pengindahan bandar serta penekanan kepada pengurusan ruang hijau dan persekitaran bandar mampan selari dengan keperluan pembangunan bandar moden dan mesra alam.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak delegasi Majlis Bandaraya Seremban kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini. Semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat dipupuk antara Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.