Langkau ke kandungan utama

Lawatan Penanda Aras Majlis Bandaraya Seberang Perai Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

Rabu, 28 Oktober 2026 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berbesar hati menerima kunjungan delegasi seramai 10 orang daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Harta dan Sewaan Komersial di MBJB.
 
Ketibaan delegasi disambut oleh pegawai-pegawai MBJB di lobi utama sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dan demonstrasi sistem di Bilik Dahlia.
 
Lawatan ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik yang merangkumi aspek pengurusan data harta dan penyewa, proses sewaan, kutipan hasil dan tunggakan, pelaporan serta integrasi sistem. Turut dibincangkan ialah pendekatan pembangunan dan penaiktarafan sistem, termasuk pengurusan kos, migrasi data serta penyelenggaraan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan harta dan sewaan komersial.
 
Sesi turut disusuli dengan perbincangan dan soal jawab interaktif yang membuka ruang pertukaran pandangan, pengalaman serta penambahbaikan dalam memperkukuh keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
 
MBJB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi MBSP atas kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak terus diperkukuh demi memacu tadbir urus perbandaran yang lebih cekap, inovatif dan berdaya saing.
 
Image
lawatan penanda aras mbsp ke mbjb
Image
lawatan penanda aras mbsp ke mbjb
Image
lawatan penanda aras mbsp ke mbjb
Image
lawatan penanda aras mbsp ke mbjb