Lawatan Kerja Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor Ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC)

Isnin , 17 Februari 2025 | JBIOCC, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai 43 orang delegasi dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor yang diketuai oleh YM Ir. Raja Fairol Farouk Bin Raja Abd Assiss, Jurutera Awam Penguasa (Jalan), telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi lawatan kerja ke JBIOCC hari ini.

Delegasi JKR Negeri Johor yang merangkumi Unit RSD setiap daerah Negeri Johor telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan JBIOCC oleh Encik Muhammad Amirul bin Muzapa, Penolong Jurutera Jabatan Pengangkutan Bandar MBJB manakala taklimat berkenaan Portal GeoJB pula telah disampaikan oleh Encik Ts. Ir. Choo Kok Wah, Komander JBIOCC.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi JKR Negeri Johor kerana sudi mengadakan lawatan kerja ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat Bangsa Johor.

Lawatan

Lawatan

Lawatan