Langkau ke kandungan utama

Lawatan Hormat Delegasi TOHO LEO JEPUN dengan Kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia Southern Chapter (PAMSo) Bersama Institut Of Landscape Architect Malaysia Southern Chapter (ILAMSC) ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru

26 Ogos 2025 | TMIYC Johor Bahru
Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima lawatan hormat dari wakil Toho Leo Co. Ltd. Jepun iaitu Mrs. Hiromi Harada selaku Pengurus Regeneratif Landskap Toho Leo Co. Ltd bersama-sama wakil dari PAMSo dan ILAMSC di Kubus Lestari, TMIYC Johor Bahru.
 
Delegasi lawatan telah disambut oleh LAr. Hajah Mustika Ally binti Zulkifli, Pengarah Landskap MBJB serta telah diberikan taklimat berkenaan fasiliti yang terdapat di TMIYC serta halatuju oleh Encik Mohd Fadzil bin Mohamad Zakir selaku Ketua Penolong Pengarah Landskap MBJB. Turut sama hadir dalam sesi lawatan ini ialah Tuan Ar. Ahmad Farik bin Abd Ghaffar iaitu Pengerusi PAM Southern Chapter dan Puan LAr. Eidayu Rosli selaku Pengerusi ILAM Southern Chapter.
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi lawatan dan semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini memberi jutaan manfaat dan memupuk persefahaman antara buat kedua-dua pihak.
Image
Lawatan
Image
Lawatab
Image
Lawatan
Image
Lawatan