13 November 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 30 orang delegasi dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua Johor Bahru (JBCCCI) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Jeffry Lai Jiun Jye DIMP iaitu Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua Johor Bahru telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi Lawatan JBCCCI ke JBIOCC Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Delegasi dari JBCCCI ini telah disambut oleh Yang Berusaha Encik Ts. Ir . Dr. Choo Kok Wah selaku Komander JBIOCC bersama-sama dengan Yang berusaha Dr. Ngoh Wei Ching, Ahli Majlis Zon Kebun Teh, Encik Chong See Ming, Ahli Majlis Zon Taman Molek dan Encik Ng Yew Aik iaitu Ahli Majlis Zon Mount Austin. Dalam sesi lawatan ini, Dr. Choo telah menyampaikan taklimat berkenaan JBIOCC serta berkongsi berkenaan fungsi serta fasiliti-fasiliti AI yang wujud di JBIOCC untuk makluman semua peserta delegasi lawatan.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi JBCCCI kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat dipupuk antara Majlis Bandaraya Johor Bahru dan JBCCCI.
Image
Image