SELASA, 24 NOVEMBER 2026 | Menara MBJB
Seramai 61 orang delegasi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diiringi oleh tiga pensyarah diketuai oleh Sr Ts Siti Diana, bertujuan mengadakan lawatan akademik untuk mendapatkan pendedahan secara langsung berkenaan aspek perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan daripada pihak Jabatan Ukur Bahan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Delegasi telah disambut dengan ucapan aluan sebelum mengikut sesi taklimat yang disampaikan oleh En. Norazeman bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan. Lawatan ini juga adalah sebagai sesi konsultasi ringkas berkaitan penyediaan laporan pra-tender yang menjadikan panduan praktikal kepada para pelajar.
Sesi lawatan diteruskan dengan sesi konsultasi antara mahasiswa dan staf ukur bahan MBJB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi UNIMAS atas kesudian mengadakan lawatan tersebut. Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat dijadikan panduan praktikal oleh pihak UNIMAS.