Langkau ke kandungan utama

Kunjungan Hormat Delegasi Bandar Yunfu, Provinci Guangdong, Republik Rakyat China Ke Atas Datuk Bandar Johor Bahru

Ahad , 14 September 2025 | Bilik Mesyuarat Kesidang, Aras 14, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
 
Seramai 18 orang delegasi dari Bandar Yunfu, Guangdong, Republik Rakyat China yang diketuai oleh Liang Lixian, Pengerusi Jawatankuasa Perbandaran Yunfu (CPPCC) merangkap Presiden Persatuan Diplomasi Awam Yunfu , telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi kunjungan hormat.
 
Delegasi Bandar Yunfu telah disambut oleh Setiausaha MBJB, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, selaku wakil rasmi Datuk Bandar. Tujuan lawatan adalah sebagai usaha menerokai peluang kerjasama dua hala antara bandar Yunfu dan Johor Bahru.
 
Delegasi Yunfu telah diberikan taklimat berkenaan korporat MBJB oleh Ts. Gs. Ir. Dr. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar MBJB. Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah wakil dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Invest Johor. Delegasi dari Yunfu juga turut membawa wakil dari Persatuan Industri Pembinaan Bandar Luoding, Republik Rakyat China, wakil dari Dewan Perniagaan Foshan, Yunfu dan Dewan Perniagaan Malaysia Yunfu. Delegasi turut berpeluang melawat ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC).
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Bandar Yunfu, Republik Rakyat China kerana sudi mengadakan kunjungan hormat ini dan semoga kerjasama dua hala dapat direalisasikan antara kedua-dua buah bandar ini.
Image
Kunjungan Hormat
Image
Kunjungan Hormat