Kunjungan Hormat dan Lawatan Penandaarasan Delegasi MBJB ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Jumaat, 23 Jun 2023 | YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama delegasi Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBJB telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta lawatan penandaarasan.

Kehadiran delegasi MBJB telah disambut oleh Y.Bhg. Datuk Noorliza Awang Alip, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), bersama-sama Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan para pegawai DBKK di.

Dalam sesi pertemuan ini, MBJB telah diberikan penerangan menyeluruh berkaitan usaha pembangunan pelancongan di bandar raya Kota Kinabalu serta perkongsian amalan terbaik dan pengalaman di DBKK yang boleh diaplikasikan di Johor Bahru seperti aspek kebersihan, penghijauan, pengangkutan awam, penglibatan awam dan komuniti dalam program DBKK, penggunaan kawasan awam (public spaces), pembangunan imej bandar dan lain-lain lagi.

Hadir bersama ialah Y.Bhg. Datuk Mohamad bin Dol Mat, Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta Ahli-Ahli Majlis dan ketua jabatan MBJB.

Semoga kerjasama baik yang terbina antara MBJB dan DBKK ini berterusan dalam memberi manfaat untuk warga bandar raya Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Lawatan PenandaarasanLawatan Penandaarasan