26 September 2025 | Menara MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir ke pejabat Datuk Bandar MBJB, YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
Pertemuan dua pemimpin ini menjadi pemangkin sinergi dalam membincangkan isu-isu setempat, perkongsian pandangan serta cadangan penyelesaian demi kesejahteraan masyarakat bandar raya. Turut diberi penekanan ialah peranan generasi muda sebagai aset penting dalam membentuk Johor Bahru yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju.
Kunjungan hormat ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan baik antara kepimpinan kerajaan tempatan dan Parlimen, malah turut mencerminkan komitmen bersama untuk membangunkan Johor Bahru sebagai bandar raya moden, inklusif dan seimbang.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini menjadi asas kepada kerjasama berterusan dalam menjayakan pelbagai agenda pembangunan demi manfaat seluruh warga Johor Bahru.
Image

Image
