KERJA-KERJA DIKONTIMINASI MASJID/SURAU BAGI MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19

KERJA-KERJA DIKONTIMINASI MASJID/SURAU EKORAN KEJADIAN PERHIMPUNAN KLUSTER TABLIGH BARU-BARU INI.

19 MAC 2020 : Kerja-kerja dikontaminasi masjid oleh MBJB diteruskan di 10 buah masjid hari ini iaitu di Masjid Tun Hussein Onn Larkin, Masjid India Johor Bahru, Masjid Al-Makmur Taman Kobena, Masjid Bukit Cagar, Surau Kuarters Bomba Kempas Permatang, Masjid As-Syakirin Bukit Saujana, Masjid Al Mizan Lebuhraya Pasir Gudang, Masjid Taman Dato' Onn, Masjid Ar-Rahman Taman Dahlia dan Masjid Kampung Kurnia.

Pada hari semalam sebanyak 5 buah masjid turut telah dijalankan kerja-kerja dikontaminasi.

Kerja-kerja ini dijalankan ekoran terdapat risiko penyebaran COVID-19 di masjid berikutan penyebaran COVID-19 di kalangan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan Ijtima' Masjid Sri Petaling.

Bersama-sama kita mencegah wabak COVID-19 di dalam keluarga dan komuniti kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan seperti yang diarahkan.

img

img