25 Ogos 2025 | Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru 2
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terus memperkukuh komitmen dalam usaha membanteras gejala buli yang kian membimbangkan. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru 2, kempen ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru selaku tetamu kehormat.
Inisiatif ini merupakan kesinambungan titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, agar seluruh masyarakat Johor berganding bahu menolak budaya buli dalam semua bentuk tidak kira sama ada fizikal, mental mahupun siber.
MBJB bersama warga pendidik, pelajar serta seluruh lapisan masyarakat Johor berdiri teguh dengan pendirian “Buli Tiada Tempat di Negeri Johor”. Usaha ini adalah manifestasi tekad bersama untuk melahirkan generasi Johor yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing dalam suasana yang selamat, harmoni dan penuh kasih sayang.
Image

Image

Image

Image
