Langkau ke kandungan utama

Karnival Sukan Ekstrem MBJB 2025 Berlangsung Dengan Penuh Energi & Sambutan Hangat

Program anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Kelab Skateboard Selatan, Persatuan Street Workout & Calisthenics JB serta Hikers Training N Consultant pada 1 November 2025 telah dilaksanakan dengan penuh jayanya!
 
Kehadiran ramai pengunjung memeriahkan suasana dengan sorakan dan sokongan terhadap aksi-aksi hebat peserta sukan ekstrem yang menampilkan semangat, keberanian dan gaya luar biasa!
 
Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini dengan semangat anda membuktikan bahawa Johor Bahru sentiasa aktif, dinamik dan penuh tenaga belia!
 
Jumpa lagi SABTU minggu hadapan dalam Program Jelajah Majestic Johor, yang bakal menampilkan pengisian lebih menarik, termasuk penampilan artis jemputan serta kehadiran YB Mohd Hairi Mad Shah dan pemimpin yang lain.
 
Image
Karnival Sukan Ekstrem
Image
Karnival Sukan Ekstrem
Image
Karnival Sukan Ekstrem
Image
Karnival Sukan Ekstrem