Jualan Lelong Sisa Kenderaan Buruk Majlis Bandaraya Johor Bahru

Selasa, 25 Februari 2025 | Jualan Lelong Sisa (Kenderaan Buruk Sitaan MBJB) Bil. 1/2025 telah berjaya diadakan hari ini di Panggung Cempaka Menara MBJB. Sesi lelongan ini melibatkan sebanyak 724 unit kenderaan buruk sitaan dibahagikan kepada 73 lot. Seramai 54 orang pembida telah hadir mendaftar dalam sesi lelongan.

Untuk makluman warga bandar raya, kategori kenderaan buruk yang dilelong hari ini melibatkan kenderaan buruk yang ditunda dan dialihkan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 46 (1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan yang tidak dituntut.

MBJB mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada sesi lelongan pada hari ini dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan MBJB dalam pengurusan sisa kenderaan.

Lelong

Lelong

lelongan