Sabtu, 18 Januari 2025 | Rangkuman gambar sekitar program JB Fit Clinic 2025 yang berlangsung di Ampitheatre TMIYC.
Program anjuran MBJB dengan kerjasama Persatuan Calisthenics Johor Bahru dan Kementerian Belia dan Sukan ini telah disertai oleh 120 peserta dan dibimbing 4 orang coach.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan kaedah senaman yang betul untuk para peserta. Ramai komuniti senaman yang sering mengikuti kelas minggu JBFit hadir untuk memahami lebih mendalam dan terus memberikan komitmen meskipun cuaca hujan
Terima kasih warga JB yang terus aktif menyokong JBFit 2025.