AHAD, 14 JUN 2026 | Pagi ini JB Car Free Morning kembali mencuri tumpuan dengan suasana meriah, penuh tenaga dan senyuman di KOTAJAIL, Penjara Lama Ayer Molek, Johor Bahru. Ruang bandar dihidupkan dengan aktiviti sihat yang menyatukan komuniti dalam satu semangat kebersamaan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB, Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta penyertaan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Terima kasih kepada semua rakan strategik dan warga bandar raya yang terus menjadi nadi kepada kemeriahan JB Car Free Morning setiap bulan. Anda semua memang terbaik!
Image
Image
Image
Image