Langkau ke kandungan utama

JB Car Free Morning Ogos 2026

AHAD, 9 OGOS 2026 | Pagi ini, JB Car Free Morning sekali lagi menghidupkan suasana pusat bandar Johor Bahru dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan usia yang bersama-sama memeriahkan program ini.
Penganjuran kali ini yang dimeriahkan lagi dengan kerjasama dari Kiwanis Down Syndrome Foundation yang menganjurkan larian amal 'Run to Give', mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh semangat komuniti serta membudayakan amalan gaya hidup sihat di Bandar Raya Johor Bahru.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBJB, Ahli-Ahli Majlis MBJB dan ketua-ketua jabatan yang sama-sama meluangkan masa bersama para peserta sepanjang program berlangsung.
Terima kasih kepada semua rakan strategik dan warga bandar raya yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan JB Car Free Morning. Kehadiran dan sokongan anda menjadi pemangkin kepada kejayaan program ini serta menyemarakkan lagi usaha menjadikan Johor Bahru sebuah bandar raya yang aktif, sihat dan mesra komuniti.  

JB Car Free Morning 

JB Car Free Morning 

JB Car Free Morning

 

JB Car Free Morning