Langkau ke kandungan utama

JB Car Free Morning Februari 2025

Sekitar JB Car Free Morning bulan Februari 2025 di Pejabat MBJB Jalan Dato' Onn. 

Pada pagi ini, YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik JB Car Free Morning di atas kerjasama penganjuran JB Car Free Morning setiap bulan.

Hadir menerima sijil ialah Mrs Lim Chu Luan, Executive Director, Regional Manager Southern Region 1, OCBC Bank, YDH ACP Tuan Raub bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Encik Mohd Saiful Azlan bin Abdul Rahman, Multigreen Events Sdn Bhd, Encik Elvin Yeow, Uniball Mitsubishi Pencil Malaysia, Encik Venod Selvaraj, Beam Mobility Malaysia Sdn Bhd, Madam Evelynn Chia, Pengurus Operasi Hospital Pakar KPJ Puteri, Miss Daisy Harry, Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Puan Nur Aishah Abdullah, Presgo Gateways Sdn Bhd.

Untuk makluman warga bandar raya, JB Car Free Morning diadakan pada setiap bulan di bandar raya JB (setiap Ahad minggu ke-2) secara percuma. Sebanyak 200 basikal OCBC Cycle disediakan khas oleh OCBC Bank secara percuma untuk kegunaan peserta JB Car Free Morning.

Program JB Car Free Morning akan berehat seketika pada bulan Mac 2025 sempena bulan Ramadan, dan kita akan berjumpa semula pada 13 April 2025.

Kekal cergas, sihat dan ceria!

JB Car Free Morning

JB Car Free Morning

JB Car Free Morning

JB Car Free Morning