Langkau ke kandungan utama

Hari Perancang Bandar Sedunia 2025 : MBJB Terus Menyahut Cabaran Bandar Pintar Johor

23 September 2025 | Persada Johor International Convention Centre
 
Majlis Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor serta Malam Apresiasi Johor Smart City Forum 2025 telah diadakan dengan penuh berprestij di Persada Johor.
 
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selaku wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor.
 
Pada majlis tersebut, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah dianugerahkan Tempat Pertama Johor Smart City Award iaitu Best Smart City Initiative (Kategori Badan Kerajaan) melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Insiden JBIOCC Operation dan Anugerah Khas Urban Leadership Peringkat Negeri Johor 2025 yang telah dikurniakan kepada YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru.
 
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen tinggi MBJB dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar serta memperkukuh daya saing bandar raya Johor Bahru. MBJB akan terus beriltizam memberikan perkhidmatan yang cekap, inovatif dan berkesan demi kesejahteraan seluruh warga bandar raya ini.
 
Image
Hari Perancang Sedunia 2025
Image
Hari Perancang Sedunia 2025