Gotong Royong Johor Bersih Perdana Bersama Menteri Besar Johor

GOTONG ROYONG JOHOR BERSIH PERDANA BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

Ahad, 7 Mei 2023 | Sekitar program Gotong Royong Johor Bersih Perdana bersama YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, di Legaran Segget hari ini.

Dalam program gotong royong hari ini, seramai 1,500 peserta dari agensi kerajaan, swasta serta warga JB telah mengambil bahagian dalam aktiviti plogging, mengutip sampah, mengecat, meletakkan liquid effective microorganism (EM) di Sungai Segget, membersihkan laluan pejalan kaki dan lain-lain lagi untuk menjayakan agenda Johor Bersih di bandar raya Johor Bahru. Sebanyak 12 'checkpoint' gotong royong yang telah difokuskan iaitu di Jalan Segget, Masjid India, Jalan Trus, Jalan Meldrum, Jalan Tun Razak, CIQ dan lain-lain lagi melibatkan jarak sepanjang 4km.

Meskipun gotong-royong hari ini mendapat penyertaan yang ramai, aspirasi Johor Bersih hanya boleh dicapai dengan usaha yang berterusan serta menanam sikap dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran tidak kira lapisan umur.

Selain itu, bagi mencapai sasaran Johor Bersih secara holistik, MBJB juga telah melaksanakan kerja-kerja naiktaraf infra rakyat melalui penyediaan 'shuttle bus' percuma untuk warga bandar raya; meningkatkan pencahayaan dan keceriaan bandar; menambah jumlah CCTV untuk keselamatan; mempertingkatkan baikpulih serta konservasi bangunan warisan; menaiktaraf landskap dan keceriaan di pintu masuk antarabangsa dan lain-lain lagi.

Turut bersama hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya, YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, YB Tuan Ir. Ts. Fazli Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Haji Hassan; Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, YB Dato’ Asman Shah Abd. Rahman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, Tuan Haji Mohd Fahmi Salam; Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat; serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Ir. Abu Bakar Abd Aziz; Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan; Ahli-Ahli Majlis MBJB, MBIP, MBPG dan MPKu; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Alam Sekitar; peserta dari agensi kerajaan dan swasta, badan-badan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan Southern Volunteers.

Ayuh kita jayakan aspirasi Johor Bersih hari ini!

Allah Peliharakan Sultan.
Allah Berkati Johor.

#JOHORBERSIH
#JBMampan
#JBThinkGreen

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana