DATUK BANDAR JOHOR BAHRU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN CUEPACS MALAYSIA

SELASA, 24 Mei 2022 - YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, menerima kunjungan hormat Y. Bhg. Dato' Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia, bersama-sama para pegawai tertinggi CUEPACS Malaysia di pejabat beliau hari ini.

Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama termasuk kerjasama MBJB bersama CUEPACS, perkongsian idea dalam aspek kebajikan penjawat awam Malaysia termasuk di PBT, serta pemakluman berkaitan cadangan-cadangan terkini CUEPACS kepada Kerajaan Malaysia.

img

img