Langkau ke kandungan utama

Dari Johor Bahru Ke Persada Dunia Danga Park Diiktiraf Peringkat Antarabangsa

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah dinobatkan sebagai penerima anugerah World Urban Parks Awards 2026 menerusi projek DANGA PARK bagi kategori New Park Project – Asia Pacific Region.
 
Pengiktirafan berprestij di peringkat antarabangsa ini akan disampaikan dalam majlis anugerah yang akan berlangsung di Istanbul, Turki pada 7 hingga 9 Oktober 2026.
 
Danga Park telah menyertai pertandingan ini pada Jun 2026 dan berjaya disenaraikan bersama 28 pemenang dari pelbagai benua di seluruh dunia.
 
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna terhadap usaha, komitmen dan kerjasama pasukan Jabatan Landskap serta seluruh jentera MBJB dalam membangunkan Danga Park sebagai sebuah taman awam yang moden, inklusif dan berkualiti untuk dinikmati oleh masyarakat.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada seluruh warga MBJB untuk terus mencipta inovasi, melakar kecemerlangan serta mencapai lebih banyak kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 

award winner