Cabutan Bertuah Cukai Harta 2023

Sesi Cabutan Bertuah Cukai Harta bagi tahun 2023 MBJB telah berlangsung pada pagi ini di Panggung Cempaka Menara MBJB dengan disaksikan oleh Ahli-ahli Majlis serta Ketua Jabatan MBJB.

Sesi cabutan bertuah ini dilaksanakan secara elektronik dan telah disiarkan secara penstriman langsung melalui laman Facebook rasmi MBJB.

Cabutan bagi hadiah utama telah dilaksanakan oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru manakala cabutan bagi kategori lain dilaksanakan oleh ahli-ahli Majlis MBJB.

Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Harta MBJB bagi tahun 2023 ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori bayaran atas talian, kategori selain bayaran atas talian dan kategori Zon Ahli Majlis.

Antara hadiah-hadiah Cabutan Bertuah tersebut adalah wang tunai, baucer cukai harta dan barangan elektronik seperti Microsoft Surface, komputer riba, iphone, smart watch dan lain-lain.

Program Cabutan Bertuah Cukai Harta ini akan dilaksanakan setiap tahun dengan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik. Pemilik harta di kawasan MBJB hendaklah menjelaskan cukai harta dengan kadar segera untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan.

Cabutan Bertuah Cukai Harta

Cabutan Bertuah Cukai Harta