ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN SANJUNGAN BUDI 2021 DEWAN KENANGA, MENARA MBJB

ISNIN, 30 Mei 2022 - Sekitar Majlis Keraian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi 2021 yang dianjurkan di Dewan Kenanga, Menara MBJB hari ini.

Dalam majlis tersebut seramai 105 warga kerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 19 penerima Anugerah Khidmat Bakti (atas perkhidmatan selama 25 tahun), serta 2 penerima Anugerah Khas Datuk Bandar dan Anugerah Pekerja Unggul. Majlis hari ini turut meraikan 43 warga kerja MBJB yang telah bersara dan akan bersara dalam tahun 2022.

Dalam ucapan YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru hari ini, beliau telah menekankan betapa pentingnya pembentukan 'character building' warga kerja MBJB secara konsisten menerusi penambahan ilmu pengetahuan, perkongsian amalan terbaik, penandaarasan selain melalui amalan inovasi yang berterusan.

Datuk Bandar Johor Bahru turut berkesempatan untuk menitipkan pesanan kepada warga kerja MBJB mengenai the '8 habits of efficient employees' dalam usaha organisasi MBJB meneruskan perkhidmatan cemerlang demi kesejahteraan warga bandar raya Johor Bahru.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah hari ini.

img

img