AKTIVITI SEARCH AND DESTROY MEMBASMI DENGGI ZON TELUK DANGA

Sabtu, 12 Februari 2022 - Program ini telah dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon Teluk Danga, Encik Pannir Selvam bersama Jawatankuasa Penduduk Zon Teluk Danga dalam usaha membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dengan kerjasama Jabatan Kesihatan MBJB dan SWM Environment Sdn Bhd.

Program ini turut disertai dengan taklimat berkaitan denggi, kempen berkaitan kebajikan pekerja oleh PERKESO serta pemberian sayur-sayuran percuma dan bantuan bakul makanan kepada komuniti Zon Teluk Danga.

Program ini memfokuskan beberapa kawasan seperti di Pangsapuri Seri Danga, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Sungai Danga selain Perkampungan Orang Asli Sungai Temun yang berada di dalam zon Teluk Danga.

img

img