MENU

Carta Organisasi Bahagian Undang-Undang

 

Fungsi dan peranan Bahagian Undang-undang

Bahagian Undang-undang berfungsi sebagai nadi utama kepada pentadbiran dan pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan menguruskan hal ehwal undang-undang berkaitan Majlis termasuk memberi nasihat undang-undang, mengendalikan kes-kes sivil melibatkan Majlis, melaksanakan tindakan saman, penyediaan dan semakan kontrak & perjanjian, penguatkuasaan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

Bagi memastikan fungsi-fungsi ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, Bahagian Undang-undang dibahagikan kepada enam (6) unit utama yang berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan mengikut fungsi bahagian iaitu:-

  • Pentadbiran
  • Tunggakan Kompaun  Pelbagai dan Bantuan Guaman Am (COB)
  • Bantuan Guaman Am (Hasil)
  • Pendakwaan
  • Perjanjian dan Bantuan Guaman Am (Penswastaan Dan Tindakan Tuntutan Sivil)
  • Penggubalan & Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang

UNIT PENTADBIRAN

Menguruskan hal ehwal pentadbiran pejabat, perkhidmatan anggota, bajet & perolehan, Aset & Inventori, bekalan Buku Kompaun.

UNIT TUNGGAKAN KOMPAUN PELBAGAI DAN BANTUAN GUAMAN AM (COB)

Kompaun pelbagai

Menguruskan semua tunggakan kompaun pelbagai oleh Jabatan Pelaksana bagi kompaun-kompaun lama.

Bantuan Guaman Am (COB)

Memberikan ulasan dan khidmat nasihat bagi bantuan guaman kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB).

Unit Polis Bantuan

Mengendalikan urusan berkaitan aktiviti-aktiviti penyerahan saman, pelaksanaan Waran Tangkap, penyerahan notis Jabatan, kawalan keselamatan dan ketenteraman pada sesi persidangan di Mahkamah Majistret Bandaraya, kawalan keselamatan kutipan hasil Majlis/ kawalam kaunter bergerak (e-Nobas) / kawalan keselamatan dan ketenteraman dalam mesyuarat bersama penduduk dengan Pesuruhjaya Bangunan, mengiringi Orang Kena Saman yang gagal membayar denda ke penjara/ operasi cukai harta & operasi penguatkuasaan.

BANTUAN GUAMAN AM (HASIL)

Fungsi utama bantuan guaman am (hasil) ialah melaksanakan tindakan undang-undang tunggakan cukai harta, proses pelelongan - rampasan   penguatkuasaan,   ulasan dan bantuan guaman untuk Jabatan Penilaian (Cukai Harta dan Pengurusan Harta), pelaporan dan penyelarasan PS/ISO/KPI,  pemegang fail prosedur kualiti lelong, penyediaan draf  perjanjian dan surat tawaran yang melibatkan  peniaga dan premis-premis MBJB di bawah Bahagian Pengurusan Harta, semakan Perjanjian Kebenaran Menduduki dan Jaminan Kebenaran Menduduki, ulasan dan semakan    sewa/PKM bagi premis  Majlis untuk tindakan perundangan.

Melaksanakan kerja-kerja memproses tindakan saman;  semakan kertas siasatan (IP) yang dirujuk, penyediaan dokumen saman, mendapatkan izin tuduh dari Timbalan Pendakwa Raya (TPR) - pendaftaran kes di mahkamah, pendakwaan dan prosiding kes saman di mahkamah, membuat   ulasan sebelum tindakan saman, menyemak notis-notis untuk tindakan pendakwaan,  kajian dan ulasan mengenai pendakwaan, membuat laporan mingguan, bulanan dan tahunan pendakwaan.                                                         

FUNGSI PERJANJIAN DAN BANTUAN GUAMAN AM

(PENSWASTAAN DAN TINDAKAN TUNTUTAN SIVIL)

Menguruskan penyediaan dan semakan perjanjian bagi projek-projek penswastaan/penyewaan premis dan tanah majlis / penyewaan gerai-gerai Majlis, MAO dan MOU berkaitan Majlis dan mengendalikan tindakan undang-undang berhubung perkara-perkara tersebut.

PENGGUBALAN & PENYELARASAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

  • Pengendalian kursus dan lawatan.
  • Penyediaan bahan rujukan serta nota latihan berkaitan undang-undang.
  • Mengkaji, menyemak dan menggubal undang-undang kecil, Akta dan Perintah-perintah Lalulintas, pewartaan perundangan dan pemberitahuan Sekretariat Jawatankuasa Teknikal,
  • Kajian akta dan undang-undang kecil pewakilan dan penurunan kuasa dan bekalan kad kuasa
  • Sekretariat kepada jawatankuasa teknikal penguatkuasaan
  • Ulasan dan pemantauan bagi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang mesyuarat aduan awam yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat Teknikal Penguatkuasaan.