CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN
LATAR BELAKANG BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN
Bahagian ini terdiri dari 17 orang anggota yang diketuai oleh seorang Arkitek J41. Bahagian ini berfungsi memproses semua permohonan pelan bangunan yang terdiri dari permohonan berikut :
- Pelan Baru
- Ubahan Tambahan
- Permit Sementara Bangunan
- Permit Awning Kedai dan Kilang
- Sistem Struktur Pemancar
- Membaiki Bangunan
Bahagian ini berfungsi memproses permohonan di atas mengikut Garis Panduan dan Dasar MBJB, Akta 133, Akta 171 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Bahagian ini juga berfungsi menyediakan Dasar-dasar baru yang berkaitan dengan pembinaan bangunan. Selain dari itu jabatan juga berperanan sebagai penasihat kepada pelanggan luaran dan dalaman berhubung dengan pembinaan struktur dan bangunan serta peruntukan undang-undang yang digunapakai.
SENARAI PELUKIS PELAN BERDAFTAR