Langkau ke kandungan utama

Sesi Lawatan Sambil Belajar Seoul Youth Center, Republick Korea Selatan Ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru

17 April 2025 | Kubus Lestari, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre, Johor Bahru

Seramai 30 orang delegasi dari pelbagai agensi dari Seoul Youth Centre yang diketuai oleh En. Park Ji Sung dari Dongdaemun Youth Centre, Seoul telah hadir ke TMIYC bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkenaan fasiliti yang terdapat di TMIYC serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini.

Delegasi Seoul Youth Centre telah diberikan taklimat berkenaan fasiliti TMIYC yang telah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan Harta MBJB iaitu Puan PMgr. Sr. Syafini binti Mohi bersama-sama Pengarah Landskap MBJB iaitu Puan LAr. Hajah Mustika Ally binti Zulkifli.

Delegasi Seoul Youth Centre juga berpeluang bersiar-siar mengunjungi kiosk-kiosk serta gerai-gerai yang terdapat di sekitar TMIYC sambil diiringi oleh Encik Muhammad Ammar bin Taib iaitu Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat MBJB.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Delegasi dari Seoul Youth Centre kerana sudi menunjungi TMIYC ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat kedua-dua belah pihak dan memupuk persefahaman antara Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Seoul Youth Centre, Republik Korea Selatan.