Program Community Fest @ Pusat Sivik Larkin Bersempena Sambutan Ulang Tahun MBJB Ke-30

Istimewa Sempena Sambutan Ulang Tahun MBJB Ke-30, MBJB akan menganjurkan Community Fest 2024 di Pusat Sivik Larkin, Johor Bahu pada Sabtu & Ahad 7 - 8 Disember 2024.

Jom warga bandar raya kita turun beramai-ramai ke Pusat Sivik Larkin dan sertai pelbagai acara secara percuma!

Ada ‘car boot sale’, pertandingan doodle mural, pertandingan e-sports, pertandingan futsal, kursus pembuatan sabun dari minyak terpakai, kursus gubahan bunga, kursus umrah perdana, bicara agama, bengkel gubahan flower basket dan lain-lain lagi pengisian menarik di Community Fest 2024.

Aktiviti Pameran MBJB

  • Semakan Cukai Harta
  • Permohonan Lesen Perniagaan
  • Bayaran Kompaun, Lesen dan Cukai Harta
  • Khidmat Nasihat Guaman
  • Saringan Kesihatan Percuma

Aktiviti agensi kerajaan:

  • Kaunter Pertanyaan PERKESO & HSP
  • Kaunter Myfuturejobs (Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO)
  • Kaunter Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri & Suri Rumah PERKESO

dan lain-lain lagi…

Imbas kod QR di poster tertera untuk sertai & jom ke Pusat Sivik Larkin pada hari Sabtu dan Ahad ini!

 

Community Fest @ Pusat Sivik Larkin

Community Fest @ Pusat Sivik Larkin

Community Fest @ Pusat Sivik Larkin

Community Fest @ Pusat Sivik Larkin