PEMBERITAHUAN: KERJA-KERJA MENCANTAS DAN MENEBANG POKOK DI SEPANJANG JALAN TEBRAU-KOTA TINGGI OLEH KONTRAKTOR MBJB MULAI 19/07/2020 - 09/08/2020

19 JULAI 2020 : PEMBERITAHUAN: Kerja-kerja mencantas dan menebang pokok di sepanjang Jalan Tebrau-Kota Tinggi akan dijalankan oleh kontraktor MBJB mulai hari ini Ahad, 19 Julai - 9 Ogos 2020 bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang.

Kerja-kerja ini melibatkan penutupan 1 lorong jalan bermula dari kawasan IKEA Tebrau ke Ulu Tiram dan Ulu Tiram ke IKEA Tebrau.

Sila patuhi had kelajuan dan berhati-hati memandu di jalan raya.