Langkau ke kandungan utama

Letak Kenderaan di tempat yang sesuai semasa kerja-kerja pembersihan awam dilaksanakan

Pihak SWM Environment menghadapi beberapa kesukaran dalam menjalankan kerja pembersihan awam seperti penyapuan sampah, pemotongan rumput dan pembersihan longkang apabila terdapat kenderaan yang tidak meletakkan di kawasan parkir yang disediakan.
 
Kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau menghalang laluan kerja menyebabkan pasukan kami sukar mengakses kawasan yang perlu dibersihkan, sekali gus menjejaskan kualiti perkhidmatan.
 
Sehubungan itu, pihak SWM memohon kerjasama orang awam agar meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang sesuai. Tindakan ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan, malah dapat mengurangkan risiko kerosakan pada kenderaan anda.

Pembersihan Awam