JOM MUAT TURUN APLIKASI MBJB SPOT V2 HARI INI

JOM MUAT TURUN APLIKASI MBJB SPOT V2 HARI INI

Selaras dengan pelaksanaan bandar raya pintar di Johor Bahru dan usaha menormakan ‘cashless and digital society’, MBJB melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Presgo Gateways Sdn. Bhd. telah menambahbaik sistem letak kereta yang sedia ada iaitu aplikasi MBJB Spot yang dibangunkan sejak 2016 kepada aplikasi MBJB Spot V2.

Penambahan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MBJB Spot V2 ini ialah:

i. Semakan dan bayaran kompaun bagi kesalahan letak kereta dan kesalahan lalulintas.

ii. Permohonan dan pembayaran sewa petak sementara dan petak rezab secara atas talian bagi penjaja dan premis perniagaan.

iii. Bayaran kupon letak kereta secara atas talian mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan.

iv. Paparan i-Trafik bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan lalulintas di sekitar kawasan MBJB .

v. Penyediaan ruangan iklan yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat- syarikat luar bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Warga bandaraya MBJB perlulah memuat turun aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing kerana bermula 1 Jun 2023 segala urusan tempat letak kereta di bawah pentadbiran MBJB telah didigitalkan sepenuhnya dan tiada lagi penggunaan kupon parkir.

#JBMampan
#JBThinkGreen