Langkau ke kandungan utama

JB Neon Recreational Night Disember 2024

Jom hadir ramai-ramai ke JB Neon Recreational Night Edisi Bulan Disember istimewa sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya ke-31 dan Ambang Tahun Baharu 2025.

Ayuh runners semua kita lari santai pada hari Selasa, 31 Disember 2024 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru (flag off 8.30 malam).

Pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda, aktiviti pameran, jualan foodtruck serta pertunjukkan bunga api!

Selain aktiviti sukan, kita juga adakan JB Neon Care bersama Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah dengan pengisian klinik berhenti merokok, klinik penurunan berat badan dan saringan tahap kesihatan mental.

Jangan lupa untuk bawa minyak masak terpakai untuk mendapatkan RM3.00 bagi setiap liter minyak yang dikitar semula, atau dapatkan mata ganjaran dengan membawa bahan kitar semula di booth SWM Environment.

Daftar: https://apl.mbjb.gov.my/jbneon/cons/content.php?make=5...

Let’s wear neon and glow up the night!

JB Neon