JB CAR FREE DAY MAC 2023 @ DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

JB CAR FREE DAY MAC 2023 @ DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Jom warga bandaraya datang beramai-ramai memeriahkan JB Car Free Day bulan ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada hari Sabtu, 18 Mac 2023 bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. JB Car Free Day kali ini akan turut dimeriahkan lagi dengan program 'World Down's Syndrom Day 2023 Fun Run & Walk' terbuka untuk semua warga bandar raya.

Terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk setiap lapisan usia seperti larian santai, aktiviti berbasikal, brisk walk, Zumba, rollerblading, skateboarding, memanah aktiviti liga kampung dan lain-lain lagi. Peserta juga boleh memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Untuk penyertaan ke Fun Run & Walk World Down's Syndrom Day 2023, anda boleh melayari laman facebook Persatuan Sindrom Down Negeri Johor di pautan: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083466424144...

Peserta JB Car Free Day lain hanya perlu daftar di urusetia sewaktu hari program. Jom ke JB Car Free Day!

JB CAR FREE DAY MAC 2023 @ DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

JB Car Free Day