PERSEKITARAN KOTOR, LAMPU JALAN ROSAK ANTARA 18,038 ADUAN DITERIMA MBJB

JOHOR BAHRU – Aduan pokok tumbang, lampu jalan rosak dan persekitaran kotor merupakan antara aduan tertinggi yang diterima Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sepanjang tahun 2022 lalu.Datuk Bandar, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, bagi tahun itu, pihaknya telah menerima sejumlah 18,038 aduan daripada penduduk bandar raya ini.Menurut beliau, aduan tersebut diterima daripada 15 sumber aduan antaranya laman Facebook, WhatsApp, panggilan telefon, emel, Ahli Majlis dan juga Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Aduan berkaitan pokok seperti pokok tumbang, rosak dan berisiko merupakan aduan tertinggi diterima iaitu sebanyak 3,617 aduan, diikut lampu rosak atau pencahayaan kurang (2,223 aduan), kerosakan jalan (2,182 aduan), pembersihan awam (2,004 aduan) dan haiwan perosak (1,778 aduan).

“Kesemua aduan yang diterima ini melibatkan 32 kategori aduan. Daripada jumlah tersebut, 74.28 peratus atau 13,398 aduan berjaya diselesaikan,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

kebersihan persekitaran