Taklimat Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Majlis Bandaraya Johor Bahru Siri (2)

Rabu, 4 Disember 2024 | Dewan Kenangan MBJB

Telah berlangsung sesi Taklimat Garis Panduan Pengurusan Tatatertib MBJB Siri (2) pada hari ini bertempat di Dewan Kenanga, Menara MBJB.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan penerangan berkenaan Garis Panduan Pengurusan Tatatertib MBJB kepada warga kerja Kumpulan Pelaksana dan Sokongan (Gred 40 kebawah) MBJB.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh En. Mohamad Khairulanuar bin Esa, Pengarah Integriti dan Pemodenan MBJB dan En. Mohamad Haziq bin A. Rahman, Pegawai Undang-Undang MBJB. Penerangan dan taklimat adalah berkisar Kaedah-Kaedah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan (Majlis Bandaraya Johor Bahru) 2023 dan Kaedah-Kaedah Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (Tatatertib dan Kelakuan)(Majlis Bandaraya Johor Bahru) 2023.

Semoga sesi taklimat dan penerangan yang disampaikan kepada Kumpulan Pelaksana dan Sokongan MBJB ini dapat memberikan kefahaman dan impak positif kepada warga kerja MBJB secara keseluruhannya dari sudut integriti.

Taklimat Garis Panduan

Taklimat Garis Panduan

Taklimat Garis Panduan