PASUKAN RED PANTHERA MBJB MEMULAKAN LANGKAH KANAN
9 Februari 2025 | Padang UiTM Shah Alam
Pasukan ragbi Red Panthera MBJB memulakan langkah kanan di Kejohanan Corporate Super Rugby 2025 anjuran Enervive Sports dengan menewaskan pasukan MBSJ Knights 34 - 19 di Padang UiTM Shah Alam Selangor.
Sebanyak 8 pasukan menyertai kejohanan yang telah memasuki musim ketiga ini.
Menurut jurulatih pasukan, Hamrizal Hamdan "dengan menggabungkan kebolehan pemain senior dan junior dalam pasukan ini ternyata telah membuahkan hasil kemenangan semalam." Lebih menarik lagi Fairuz Effendy Nor Abdul Aziz terpilih sebagai 'Player of The Match'.