Langkau ke kandungan utama

Suntikan Semangat Red Panthera MBJB

Jumaat, 7 Februari 2025 | Pejabat Datuk Bandar Johor Bahru

Kelab Ragbi MBJB (Red Panthera) akan menyertai Kejohanan Corporate Super Rugby 2025 yang akan diadakan bermula 8 Februari 2025 sehingga April 2025 di Padang UiTM Shah Alam.

Sehubungan itu, satu majlis pengenalan pasukan dan penyerahan jersi kepada YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru ke-14, telah diadakan di pejabat beliau.

YB Dato' Mohd Haffiz telah memberi kata-kata semangat kepada pasukan Ragbi MBJB agar pasukan Ragbi MBJB beroleh kejayaan dan pencapaian membanggakan dalam kejohanan yang bakal berlangsung.

Red Panthera

Red Panthera