Sesi Focus Group Discussion Pelan Induk Ibrahim International Business District (IIBD)

Rabu, 17 April 2024 | Dewan Kenanga, Menara MBJB

Satu sesi 'Focus Group Discussion' (FGD) berkaitan Pelan Induk Ibrahim International Business District (IIBD) telah diadakan hari ini di Dewan Kenanga, Menara MBJB, melibatkan jabatan-jabatan dalaman MBJB bersama pihak JLand Group dan IIBD (Johor) Sdn Bhd.

Objektif sesi FGD pada hari ini ialah untuk mendapatkan pandangan serta maklum balas MBJB berkenaan:

i. Cadangan projek inisiatif dan pelan induk keseluruhan IIBD serta Skim 'Business Improvement District' (BID);

ii. Menyelaraskan pematuhan kawal selia, peruntukan sumber, infrastruktur dan perkhidmatan, permit dan pelesenan, data dan penyelidikan, projek kerjasama, penyelesaian konflik dan saluran komunikasi bagi kawasan IIBD; dan

iii. Mewujudkan hubungan yang produktif, dalam menyelaraskan usaha untuk menyokong kejayaan IIBD bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

IIBD adalah merupakan sebuah projek rejuvenasi bandar di bawah usahasama JCorp menerusi JLand Group (JLG), State Secretary Johor Incorporated and Iskandar City Development Sdn Bhd. Kawasan pembangunan IIBD yang berkeluasan 250 ekar (8.85 km persegi) turut menjadi Iskandar Malaysia Flagship Zone A : Heritage & Life Style yang juga merupakan Zon Antarabangsa Johor Bahru dan Zon Bersih.

Hadir sama dalam sesi FGD ini ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, Y. Bhg. Dato' Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Y. Bhg. Datuk Wira Sheikh Nafiq Alfirdaos, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohammad, Timbalan Setiausaha MBJB, Encik Muazzam bin Mahmud, Pengarah Urusan JLand Group, Puan Norashiken binti Ibrahim, Head of IIBD (Johor) Sdn Bhd., serta ketua-ketua jabatan dan pegawai MBJB.

Focus Discussion Group
 

Focus Discussion Group