Sekitar Program Penanaman 181,000 Pokok Sehari Negeri Johor di Taman Merdeka Johor Bahru

Sabtu, 21 Oktober 2023 | Sekitar Program Penanaman 181,000 Pokok Sehari Negeri Johor di Taman Merdeka Johor Bahru hari ini.

Program penanaman pokok ini diadakan secara serentak di seluruh Negeri Johor hari ini bersempena Hari Alam Sekitar Negara bermula jam 7.00 pagi - 2.00 petang. Program ini turut melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, institut pengajian tinggi, sekolah, persatuan atau badam bukan kerajaan serta rakyat negeri Johor. Selain di Taman Merdeka, MBJB turut telah menanam 3,000 pokok hari ini di Laman Tasik Pandan, Taman Setia Indah, Padang Bola Sepak Taman Desa Harmoni dan Taman Pelangi Indah.

Penanaman Pokok

Penanaman Pokok