Alhamdulillah, pada 19 Mac 2025 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berjaya melaksanakan program Rewang Rendang Ramadhan MBJB 2025 dengan penuh keberkatan. Lebih 7,500 bungkusan juadah rendang telah diagihkan kepada warga Johor Bahru di tiga hotspot utama:
Dataran Bandaraya Johor Bahru
Arca 0KM Johor Bahru
Stadium Tertutup Arena Larkin
Walaupun cuaca hujan agak lebat, edaran bungkusan tetap berjalan lancar dan berjaya diselesaikan dalam masa hanya 1 jam!
Agihan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, bersama YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merangkap ADUN Larkin, serta barisan kepimpinan MBJB YBhg Dato’ Haji A. Aziz Bin Ahmad (Ketua WHIP MBJB), Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan (Setiausaha MBJB), Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad (Timbalan Setiausaha MBJB), Ahli-Ahli Majlis MBJB serta warga kerja MBJB yang turut sama berganding bahu menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik program. Semoga usaha kecil ini membawa kegembiraan kepada masyarakat dan mempereratkan ukhuwah dalam bulan penuh keberkatan ini.