Program Bicara Buku @ MBJB

Sekitar Program Bicara Buku @ MBJB yang telah diadakan hari ini Isnin,1 April 2024.

Pada bicara buku kali ini, 2 orang pegawai dari kalangan pengurusan tertinggi MBJB, iaitu Yang Berusaha Puan Ir Hajah Nazatul Shima Binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB dengan buku berjudul 'Never Give Up', digandingkan bersama Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Aziz Bin Ithnin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBJB, dengan buku berjudul 'Jangan Bersedih'.

Moderator siri bicara buku kali ini dikendalikan oleh Puan Nor Azah binti Nor Aziz, Pengarah Unit Audit Dalam MBJB.

Untuk makluman semua, siri program Bicara Buku @ MBJB anjuran Perpustakaan Sultan Ismail ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan kupasan judul-judul buku yang lain yang juga akan disampaikan oleh para pegawai MBJB.

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku